Oleh : SUBKHI SUDARJI
BENTENG terakhir Johor Darul Ta’zim (JDT) Farizal Marlias tidak melihat keputusan hanya melepaskan dua gol sepanjang kempen Piala Malaysia bukanlah perkara harus dibanggakan sehingga memandang remeh keupayaan jentera serangan Kuala Lumpur City FC pada final Piala Malaysia hari ini.
Tegasnya, lawan yang bakal dihadapi malam ini sudan pastinya memiliki senjata rahsia mereka yang mampu memerangkap lawan menerusi situasi bola mati.
“ Penyerang Kuala Lumpur Romel Morales cukup bagus dan berbahaya terutama ketika berada di kotak penalti.
“Oleh itu, perlu berhati-hati kerana situasi bola mati daripada Kuala Lumpur sering memerangkap lawan dan harus mengambil pengajaran pada perlawanan terdahulu.,” katanya yang telah beraksi kali ketiga di pentas final Piala Malaysia.

Pada masa sama, Farizal berkata, semua pemain JDT mempunyai impian tinggi dengan mahu mendakap piala sempena 100 penganjuran Piala Malaysia.
“Saya boleh katakan perlawanan malam ini berbeza dengan pertembungan sebelum ini kerana Kuala Lumpur mempunyai kekuatan tersendiri.
“Perkara penting adalah pemain perlu membuat persiapan rapi kerana Kuala Lumpur sangat berdisplin dan serangan pantas dilihat agak berbahaya.
“Oleh itu, jangan memandang remeh pasukan lawan dan gunakan seluruh kekuatan yang ada serta turun dengan penuh bersemangat,” katanya.
Add Comment