Bola Sepak

KL City FC juara Kumpulan A, Penang FC raih kemenangan sulung


 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KUALA Lumpur City FC mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan A, Piala Malaysia 2021 selepas berjaya menewaskan Sri Pahang FC , 1-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Gol tunggal hasil jaringan Zhafri Yahya pada minit ke-83 memastikan skuad bimbingan Bojan Hodak meraih 14 mata dan selaku juara kumpulan mereka bakal bertemu dengan Selangor FC yang menamatkan saingan Kumpulan B ditangga kedua.

SATU  lagi perlawanan dalam kumpulan yang sama, Sarawak United FC (SUFC) kecundang 1-2 kepada Penang FC pada aksi di Stadium UiTM FC, Shah Alam.

Dua gol pelawat dijaringkan Jafri Firdaus pada minit ke-12 dan Amer Azahar (m-43) manakala gol tunggal tuan rumah diperolehi menerusi jaringan Christie Jayaselan pada minit ke-7.

Tiga mata diraih Penang FC ini memberikan kemenangan pertama buat mereka selepas gagal meraih kemenangan dalam lima perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini.

 

SEMENTARA itu pada aksi Kumpulan B pula, Terengganu FC memastikan rekod tanpa kalah terus dipertahankan selepas berjaya mengikat kedudukan 1-1 ketika berdepan Kuching City FC di Stadium Negeri Kuching, sebentar tadi.

Pelawat yang sudah pun melayakkan diri ke peringkat suku akhir selaku juara kumpulan terlebih dahulu berada didepan hasil jaringan Rahmat Makasuf pada minit ke-19 dan keputusan terus kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Namun bersambung pada babak kedua, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Yuta Suzuki pada minit ke-46 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat masa perlawanan.

PERLAWANAN Perak FC menentang Selangor FC di Stadium Perak pula memperlihatkan keputusan memihak pelawat dengan 1-2.

Ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama hasil jaringan Royizzat Daud pada minit ke-10 nyata tidak melemahkan semangat The Red Giants apabila bangkit menjaringkan dua gol pada babak kedua menerusi Sean Selvaraj pada minit ke-72 sebelum Wan Zack Haikal menjaringkan gol kedua untuk memastikan kemenangan pasukan selang 13 minit kemudian.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading