Hoki

Pentas pemain muda tonjolkan kualiti – Dr. Anil Jeet Singh


Perak sebagai juara bertahan bagi kategori lelaki manakala dalam saingan wanita pula menyaksikan Pahang sedia mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

KETIADAAN pemain kebangsaan mewakili pasukan masing-masing pada kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak 2021 bermula bermula hari ini sehingga 20 November depan umpama peluang buat pemain membuktikan mereka layak untuk berada dalam skuad hoki kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh percaya kejohanan tersebut adalah pentas paling sesuai buat Pengarah Teknikal (Pembangunan) MHC, Paul Revington serta ketua jurulatih skuad kebangsaan, Arul Selvaraj untuk menilai kemampuan pemain.

“Saya fikir, itu (ketiadaan pemain kebangsaan) lebih baik kerana kita tidak perlu fokus untuk lihat prestasi pemain kebangsaan sahaja. Inilah masa kita cari bakat baharu untuk pasukan kebangsaan dan negeri.

“Berhubung potensi untuk diserap dalam skuad Piala Dunia Remaja 2023, itu terpulang kepada Arul dan Paul untuk menilai pemain-pemain ini. Jika mahu cari pemain pelapis, inilah masanya,” katanya pada sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Mengenai kebenaran penonton menyaksikan perlawanan, Dr. Anil Jeet Singh memaklumkan penyokong dibenarkan untuk masuk ke stadium bagi menonton setiap perlawanan dengan kemasukan 60 peratus selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Bagi saya mudah sahaja, penonton-penonton yang datang nanti pastikan berada dalam keadaan sihat serta ikut peraturan ditetapkan. Saya harap kemasukan minimum adalah 60 peratus dengan ada penjarakan sosial,” jelasnya.

Perak akan turun pada kejohanan kali ini sebagai juara bertahan bagi kategori lelaki manakala dalam saingan wanita pula menyaksikan Pahang sedia mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading