Antarabangsa Bola Sepak EPL

Ronaldo sentiasa bekerja keras, namun ada yang berfikiran negatif – Solskjaer


PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer ternyata hairan dengan reaksi dan komen negatif terhadap Cristiano Ronaldo yang dianggap telah memberikan impak besar buat pasukan.

Terbaru, Ronaldo menjadi hero Manchester United dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Atalanta dimana bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu menjaringkan dua gol yang menyelamatkan United daripada kekalahan.

“Dia adalah antara pemain terbaik yang pernah ada di planet ini. Impaknya di dalam dan di luar padang adalah luar biasa, dan cara dia berkelakuan adalah sama.

“Bagaimana orang boleh berkata perkara negatif seperti itu? Saya tidak boleh tidak berfikir. Dia menjaringkan gol, bekerja untuk pasukan dan merupakan seorang profesional terbaik,” ujarnya dipetik oleh Daily Mail.

Selepas berjaya membenam cabaran Spurs, 3-2 di gelanggang lawan sebelum ini, Manchester United bakal berdepan cabaran besar seterusnya apabila menanti kunjungan Manchester City pada aksi malam ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading