EPL

Conte mulakan tugas dengan keputusan positif


PENGENDALI baharu Tottenham Hotspurs, Antonio Conte memulakan tugasnya dengan keputusan positif selepas melakar kemenangan 3-2 ke atas Vitesse Arnhem di London dalam saingan Liga Konferens Europa, awal pagi tadi.

Conte yang mengambil alih peranan dari Nuno Espirito Suntos yang dipecat selepas mengalami kekalahan 0-3 di tangan Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris, mengakui aksi pertamanya merupakan perlawanan yang gila.

” Ia perlawanan yang gila,  biasanya saya tidak suka perlawanan sebegini – perlawanan gila bermakna apa saja boleh berlaku. Tetapi pada masa sama, saya rasa kami patut menang dan kami menang.

“Kami mendahului 3-0 dan kemudian dibolosi dua kali yang sepatutnya boleh dielakkan. Selepas kad merah kami berdepan kesukaran. Menang dalam keadaan begini bagus untuk pasukan, pemain-pemain ini,” katanya.

Spurs memperolehi gol hasil jaringan Song Heung Min pada minit ke 14 sebelum Lucas Moura menyempurnakan hantaran lintang Harry Kane untuk menewaskan penjaga gol Vitesse, Markus Schubert dan gol ketiga Spurs hadir selepas percubaan Kane diheret Jacob Rasmussen ke dalam gawang sendiri.

Rasmussen menebus kesilapannnya dengan menanduk masuk gol pertama Vitesse empat minit kemudian, diikuti jaringan Matus Bero.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading