Bola Sepak

Pertukaran posisi, tiada masalah buat Zhafri


Zhafri pernah membantu Kuala Lumpur muncul juara Liga Premier 2017 selain beraksi dua musim di Liga Super.

PERTUKARAN posisi yang direncanakan Bojan Hodak selaku pengendali Kuala Lumpur City FC buat Zhafri Yahya digalas pemain berkenaan dengan aksi yang tidak mengecewakan.

Bermain diposisi tengah namun kini dipertaruhkan selaku pemain sayap, pemain berusia 27 tahun yang berasal dari Meru, Selangor ini pantas menyesuaikan diri dengan perubahan baharu ini.

Tegasnya, dia tidak ada masalah untuk mengikuti segala arahan dan taktikal jurulatih walaupun sebelum ini kerap bermain di bahagian tengah.

“Dahulu semasa bermain di Piala Presiden, saya kadang-kadang sahaja bermain di posisi ini dan tidak ada banyak pengalaman selain pernah beberapa kali pada musim 2018.

“Bagaimanapun, musim ini berbeza buat saya kerana sudah bermain dekat sembilan perlawanan di bahagian sayap kanan atas arahan jurulatih kerana dia mungkin melihat saya ada keupayaan beraksi di posisi tersebut.

“Sebenarnya saya lagi seronok bermain di posisi sayap kanan kerana rasa lebih bebas untuk bergerak berbanding di bahagian tengah yang perlukan lebih fokus serta berdisiplin dalam melakukan pergerakan.

“Namun di mana sahaja diletakkan, saya tidak kisah asalkan dapat menyumbang sesuatu buat pasukan selain membuktikan saya boleh bermain lebih dari satu posisi,” katanya.

Zhafri menggalas peranan berkenaan ekoran kecederaan yang melanda Hadin Azman dan dia pantas dapat menyesuaikan diri walaupun kali terakhir bermain di posisi sayap kanan ialah pada tiga musim yang lalu.

Bersama KL City FC sejak musim 2016 dia merupakan pemain paling lama yang masih kekal selepas berhijrah dari Selangor dan sering kali berada dalam kesebelasan utama selaku pemain tengah serta pernah membantu Kuala Lumpur muncul juara Liga Premier 2017 selain beraksi dua musim di Liga Super, pada musim 2018 serta 2019.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading