EPL

Aksi tewas United mengejutkan… Pogba mula bersuara


Pogba mahu permasalahan dihadapi pasukan diselesaikan segera jika mengimpikan trofi.

 

PEMAIN tengah Manchester United, Paul Pogba mengakui pasukannya perlu segera menemui masalah yang menyekat kemenangan pasukan seandainya ingin terus bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.’

Tegasnya, secara jujur pasukan sudah lama bermain seperti ini dan kami belum menemukan masalahnya. Kita harus mencari punca masalahnya.

“Saya rasa kita harus lebih matang, bermain dengan lebih banyak pengalaman. Kita harus mengambil inisiatif dan memainkan permainan kita.

“Harus mencari dan mengubah sesuatu, ini mengecewakan , jika ingin bertanding dan ingin menang, permainan seperti itu mesti dimenangkan, walaupun sangat sukar dan jauh,”katanya dipetik Sky Sports.

Pada aksi menentang Leicester City di Stadium King Power, pelawat kecundang 2-4.

Man United mendahului menerusi gol Mason Greenwood pada minit ke-19 sebelum Youri Tielemans menyamakan kedudukan pada minit ke-31.

Caglar Soyuncu meletakkan tuan rumah didepan pada minit ke-78 namun tiba giliran ManUnited kemudian menyamakan kedudukan menerusi gol Marcus Rashford pada minit ke-82.

Kedudukan 2-2 itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Jamie Vardy menjaringkan gol ketiga selang seminit kemudian sebelum Patson Daka memastikan kemenangan mutlak tuan rumah hasil jaringan keempat pada masa kecederaan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading