Badminton

Zii Jia Duta Jenama LG PuriCare™


JAGUH perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia dilantik sebagai duta jenama untuk produk inovatif berjenama, LG PuriCare™

Pengeluar dan pemenang anugerah dalam kelengkapan rumah, LG Electronics (LG) itu memaparkan komitmen LG dalam membolehkan gaya hidup sihat untuk masyarakat Malaysia dan usaha berterusannya dalam menyediakan produk terkini yang bersih, pantas dan tepat untuk komuniti.

Dengan slogan, Life’s On, Live Better, jenama LG PuriCare™ berhasrat untuk bekerjasama dengan Lee Zii Jia untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat Malaysia akan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan di masa ini, yang mampu direalisasikan melalui penyelesaian canggih air dan udara: Penapis Air
Tanpa Tangki, Penapis Udara dan produk terkini, Penapis Udara Mudah Pakai.

Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Kim Kyu Tae berkata, pihaknya amat berbangga dengan pelantikan Zii Jia, sebagai duta jenama LG PuriCare™.

“Dengan tekad dan kesungguhan Zii Jia dalam menerajui cara hidup sihat, ia amat bersesuaian dengan pendirian jenama kami – terus maju ke hadapan dalam penjagaan kesihatan – dan produk berasaskan kebersihan untuk kesejahteraan hidup pengguna Malaysia,” kata

“Melalui kerjasama dengan Lee Zii Jia, kami berharap agar pengguna sentiasa diingatkan untuk menjadikan penjagaan kesihatan dan kebersihan suatu keutamaan dalam kehidupan mereka menuju ke era norma baharu,” tambahnya.

Lee Zii Jia, pemenang pingat emas acara Lelaki Perseorangan di Temasya Sukan Asia Tenggara 2017, pemenang Kejohanan Badminton Terbuka All England 2021 dan bakal menyertai Thomas Cup di Denmark, terus menempa kejayaan yang memberangsangkan di arena badminton antarabangsa semuda 23 tahun.

“Saya sentiasa bekerja bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi saya di setiap latihan, permainan dan kejohanan.

“Salah satu fokus saya untuk merealisasikannya adalah melalui penjagaan kesihatan dimana saya selalu memastikan air dan udara adalah berkualiti di rumah mahupun di luar. Saya percaya rangkaian LG PuriCare™ menepati cara hidup saya,” ujar  Zii Jia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading