Bola Sepak

Ariff Farhan, Shahrul Nizam sertai Harimau Malaya


KETUA jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil dua pemain pertahanan iaitu Muhammad Ariff Farhan Md Isa, 25, dari Kedah Darul Aman FC dan Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, 23, dari Terengganu FC untuk melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya, petang esok.
Ia bagi melengkapkan senarai 24 pemain Harimau Malaya yang dipanggil untuk menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan pada 6 Oktober 2021 dan Uzbekistan pada 9 Oktober 2021, kedua-duanya berlangsung di Amman, Jordan.
Ariff Farhan dan Shahrul Nizam dipanggil bagi menggantikan tempat Syahmi Safari, pemain pertahanan Selangor FC dan Dion-Johan Cools, pemain pertahanan kelab Denmark, FC Midtjylland yang disahkan tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini kerana kecederaan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading