Bola Sepak

Somerville enggan kecewa lagi


Somerville mahu pasukan meraih kemenangan untuk terus bersaing dalam kumpulan.

PENANG FC tidak rela meratapi sekali lagi kekalahan dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia selepas tewas mengejut 1-3 di tangan Sarawak United FC apabila berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di Stadium Bandaraya, malam ini.

Penjaga gol Penang FC, Samuel Somerville yang masih diulit rasa kecewa di atas kekalahan pada Ahad lalu, mahu kebangkitan mampu dilakar skuad Harimau Kumbang biarpun dia menyedari bukan mudah untuk menumpaskan KL City FC yang kini berada di kemuncak prestasi.

Tambahnya, mereka tidak boleh menamatkan dua perlawanan awal Piala Malaysia tanpa sebarang kemenangan sebelum perlawanan ketiga yang dijadualkan pada 29 Oktober depan kerana situasi itu akan menyukarkan peluang Penang untuk mara ke suku akhir.

“ Memang sangat kecewa kerana kami kalah di tempat sendiri pada perlawanan pembukaan dan mana-mana pasukan sudah tentu mengharapkan permulaan positif.

“ Saya tidak nafikan pasukan dalam kumpulan kami agak kuat dan kekalahan dengan Sarawak United membuktikan sesiapa sahaja dalam kalangan kami boleh menang.

“ Sekarang peluang kami untuk bangkit dan cuba mendapat tiga mata penting apabila berdepan KL City, situasi itu mampu meletakkan kami tidak berada dalam tekanan sebelum saingan Piala Malaysia berehat selama sebulan, ” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading