Bola Sepak

Ulangkaji MUFC beri impak


Adriano dan S Kumahraan masing-masing meledak satu gol membantu kemenangan mengatasi NSFC.

ULANGKAJI 22 aksi Liga Super musim ini membantu Melaka United FC (MUFC) untuk memperbaiki kesilapan dan meningkatkan corak permainan yang seterusnya membawa kepada kemenangan 2-0 mengatasi Negeri Sembilan FC (NSFC), di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Kesilapan melepaskan gol mudah, penyudah yang tumpul kini semua semakin diatasi dan percaya kemenangan pada aksi pertama Piala Malaysia akan menambahkan keyakinan buat pemain.

Pengendali MUFC, Zainal Abidin Hassan berkata, pemainnya telah mula memperbaiki kesilapan ketara yang sering dipamerkan pada aksi Liga Super musim ini.

“Tidak melepaskan gol mudah dan menterjemahkan peluang dengan jaringan gol, itu perubahan yang dapat saya lihat walaupun bukan secara keseluruhan tetapi bagi saya ia satu peningkatan yang positif.

“Masih boleh pamerkan aksi yang lebih baik lagi dan mereka ambil peluang beraksi dilaman sendiri,” tegasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi tersebut, Melaka United (MU) menepati sasaran meraih tiga mata selepas mengatasi Negeri Sembilan 2-0 hasil jaringan pemain import kelahiran Brazil, Adriano Aparecido Narcizo pada minit ke-28 dan S Kumahraan minit ke-65.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading