Bola Sepak

Singapura penuhi kriteria sebagai hos Piala AFF Suzuki 2020


KONFEDERASI Bolasepak Asean (AFF) telah memilih Singapura sebagai hos Piala AFF Suzuki 2020 yang bakal berlangsung pada 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 depan.

Keputusan tersebut dibuat selepas AFF mengadakan mesyuarat pada Selasa (28 September).

Sebelum ini, dilaporkan lima negara telah menawarkan diri untuk menjadi hos iaitu Thailand, Filipina, Kemboja, Laos dan Singapura.

Namun hanya Thailand dan Singapura sahaja didapati mencapai syarat-syarat atau standard yang ditetapkan.

Bagaimanapun AFF memilih Singapura sebagai hos berdasarkan kriteria-kriteria tersebut iaitu, mendapat sokongan untuk pengurusan pertandingan daripada agensi kerajaan, pengurusan Keselamatan dan Kesihatan, Pengurusan Risiko dan Situasi Covid-19, Venue dan Fasiliti dan pengalaman menguruskan kejohanan-kejohanan di bawah situasi pandemik Covid-19.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: