Bola Sepak

“Main cantik pun tak guna jika tak jaringkan gol” – Dollah


 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

MAIN cantik macam mana pun kalau kita tidak mencipta peluang dan menjaringkan gol tiada maknanya,” itulah nada kecewa pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh selepas pasukannya kecundang 1-3 pada aksi Kumpulan A Piala Malaysia malam tadi.

Jelasnya, serangan yang tidak disudahi dengan jaringan gol pastinya akan mengecewakan barisan pemain dan ia begitu ketara pada aksi malam ini.

“Saya sendiri cakap kepada (staf kejurulatihan) kalau setakat serang sahaja tapi tidak mencipta peluang menjaringkan gol tiada maknanya.

“Sebenarnya saya sendiri tidak percaya dengan persembahan pemain malam ini, dua minggu lepas semasa latihan mereka (penyerang) mempamerkan aksi yang berbeza.

” Tapi malam ini pada aksi sebenar mereka tidak dapat membuktikannya,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Pada masa sama, Dollah melihat kesilapan melepaskan tiga gol mudah kepada lawan nyata melunturkan semangat barisan pemainnya.

“Saya tidak nafikan jika kita dapat menjaringkan gol awal, ia akan memberi suntikan motivasi dan corak permainan pastinya berbeza.

“Begitu juga tiga gol mudah dilepaskan, pemain mula hampa, tiada semangat untuk bangkit memburu kemenangan, itu yang saya lihat,” katanya.

Kekalahan ini meletakkan Sri Pahang ditangga tercorot Kumpulan A dan akan menentang Sarawak United FC, 29 September nanti.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading