EPL

Pemain tiada keyakinan berdepan lawan – Tuchel


Chelsea gagal memberikan tekanan walaupun beraksi dilaman sendiri.

 

KURANG keyakinan ketika berdepan Manchester City antara faktor utama Chelsea tewas 0-1 buat kali pertama selepas enam perlawanan.

Pengendali The Blues, Thomas Tuchel  berkata, pemainya beraksi dengan kurang keyakinan selain banyak melakukan kesilapan.

“Kami bermain dengan mentaliti yang kami bakal kehilangan sesuatu. Ia bukan persembahan yang baik untuk mendapat keputusan diinginkan.

“Menang bersama dan kami tewas bersama. Saya akan menilai keputusan saya sama ada ia percaturan yang betul tetapi saya tidak pasti ia menjadi faktor kepada keputusan perlawanan,” jelasnya.

Pada aksi dilaman sendiri malam tadi, Chelsea gagal melakukan percubaan tepat dan hanya ditewaskan oleh jaringan Gabriel Jesus sejurus selepas rehat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading