Bola Sepak

JOMA terus taja Selangor FC sehingga 2023


JOMA meneruskan penajaan jersi sehingga 2023.

JENAMA sukan antarabangsa dari Sepanyol, JOMA meneruskan penajaan jersi buat pasukan Selangor FC bernilai RM2.1 juta setahun sehingga musim 2023.

Jumlah penajaan bernilai RM2.1 juta setahun daripada Joma meliputi penajaan set jersi sepenuhnya untuk skuad Liga Super, skuad Liga Premier, skuad Piala Presiden, skuad Piala Belia, skuad futsal lelaki dan wanita termasuk set latihan.

Tajaan Joma juga meliputi pakaian kepada kesemua pengadil Liga FAS termasuk pakaian kasual perjalanan dan penajaan tunai kepada kelab.

Pengarah Urusan Ganador Marketing Sdn.Bhd. yang juga pengedar tunggal jenama Joma di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand, David Wong berkata, pihaknya  amat berbangga kerana terus diberi kepercayaan untuk menjadi rakan strategik pasukan Selangor yang mempunyai sejarah kejayaan yang hebat dalam industri sukan bola sepak di negara ini.

“Kami juga percaya dengan misi dan visi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj termasuk pengurusan kini yang dinamik, dan melihat Selangor FC kini berada di landasan yang tepat untuk kembali menjadi pasukan yang digeruni di Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon pula berkata , Selangor FC amat berterima kasih kepada pihak Joma kerana telah bersetuju untuk meneruskan kerjasama ini dengan Selangor dan kami yakin penyokong Gergasi Merah juga teruja dengan perkara ini.

“Sejak tahun 2019, kelab sangat menghargai komitmen yang telah diberikan oleh Joma dan ia dapat dilihat dengan sambutan hangat yang diterima dari penyokong Gergasi Merah melalui penjualan jersi yang berjaya mencapai lebih 100,000 unit terjual dalam tiga musim lalu, serta maklumbalas positif yang disuarakan oleh pihak pengurusan dan para pemain Selangor,” ujarnya.

Jenama Joma yang telah diasaskan pada tahun 1965 kini boleh didapati di lebih 70 negara dunia juga membekalkan jersi kepada lebih 250 pasukan seluruh dunia termasuk Swansea City, Getafe, Villarreal, Ukraine, Romania, dan banyak lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading