Antarabangsa

Styche dedah tiada siapa mahu jersi Haaland di Oslo, “Dia tiada ‘class'”


Haaland tidak melayan permintaan kapten Gibraltar untuk bertukar jersinya.

“TIADA siapa yang inginkan jersi Haaland di Oslo,” dedah Reece Styche.

Ia berikutan sikap Erling Haaland yang kurang ‘perasaan’ apabila tidak melayan permintaan kapten Gibraltar selepas perlawanan pada Mac lalu.

Situasi biasa selepas perlawanan, sesetengah pemain akan minta atau menukar jersi dengan pemain lawan berstatus bintang.

“Tiada di antara kami yang mahukan baju Haaland, jadi kami tidak menghiraukannya,” jelas Styche yang bermain dengan kelab Hednesford Town.

“Mac lalu, kapten kami Roy Chipolina meminta baju Haaland ketika Norway bertemu Gibraltar.

“Norway menang 3-0, namun ketika itu Haaland tidak menjaringkan gol dan hanya masuk sebagai pemain gantian. Dia tidak berada dalam ‘mood’ yang baik.

“Selepas kedua-dua mereka selepas ditemuramah, Roy berkata kepadanya:”Anak kecil lelaki saya sangat meminati anda, adakah anda tidak kisah untuk bertukar jersi?

“Haaland hanya melihat mukanya (Roy), ketawa dan terus berjalan! Dia boleh membeli macam-macam, tetapi dia tidak boleh beli ‘kelas’,” dedah Styche.

Haaland (Norway) bertemu Gibraltar dalam aksi Kelayakan Piala Dunia.

“Dia ada peluang untuk menggembirakan seorang kanak-kanak, namun dia menolak. Jadi tiada siapa yang inginkan bajunya di Oslo” tambah Styche.

Styche mendedahkan insiden tersebut selepas pertemuan dengan Norway pada aksi Kelayakan Piala Dunia minggu lalu yang menyaksikan bintang Borussia Dortmund itu melakukan hatrik untuk kemenangan 5-1 ke atas Gibraltar.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading