Bola Sepak

Rayuan Negeri Sembilan FC ditolak MFL

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

NEGERI Sembilan FC terpaksa akur dengan keputusan rayuan bantahan insiden perlawanan bertemu Kelantan FC.

Menurut sumber kepada CAKAP SUKAN, Negeri Sembilan FC telah menerima keputusan rayuan daripada Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada 14 September 2021 (Selasa) selepas menghantar surat rayuan pada 9 September lalu.

“Rayuan ditolak kerana peraturan Kod Tatatertib Fifa yang dirujuk oleh Negeri Sembilan FC adalah di luar bidang kuasa MFL.”

Sebagai kronologi, isu tersebut timbul berikutan kesalahan pertukaran pemain yang dilakukan ketika aksi Kelantan FC bertemu Negeri Sembilan FC pada 27 Ogos lalu yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad IV.

Insiden tersebut menyaksikan tuan rumah telah membuat pertukaran pemain seramai lima orang dengan membuat empat kali sesi pertukaran bukan seharusnya hanya tiga sesi pertukaran yang dibenarkan seperti tertera dalam perlembagaan MFL ia memberi impak dan mempengaruhi keputusan perlawanan.

Susulan itu, Negeri Sembilan FC telah melakukan bantahan pada 30 Ogos kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan menerima keputusan bantahan pada 4 September.

Keputusan bantahan tersebut menyaksikan Kelantan FC dikenakan denda sebanyak RM30,000 dan amaran keras tindakan sewajarnya turut diambil oleh pihak MFL terhadap Komisioner Perlawanan dan Pegawai-Pegawai perlawanan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan bantahan itu Negeri Sembilan FC telah menghantar surat rayuan pada 9 September lalu dan menerima keputusan rayuan pada 14 September.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: