Bola Sepak

“Kos RM10 juta bukan SNBJ sahaja…” – Ahmad Faizal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ahmad Faizal Azumu 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan kos RM10 juta bukan untuk memantapkan semula Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semata-mata tetapi sebaliknya melibatkan padang bola sepak di seluruh negara ini.

Jelasnya, isu kos RM10 juta bagi pembaikan padang di SNBJ itu timbul mungkin disebabkan salah faham atau cara penyampaiannya terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim salah.

“Benar saya memang ada berjumpa dan berbicarakan tentang beberapa perkara dengan TMJ termasuk berhubung baik pulih padang bola sepak di seluruh negara bukan sahaja di SNBJ.

“Saya kira ada kemungkinan sembah (penyampaian) saya mungkin tidak begitu tepat, tetapi perkara yang dibincangkan adalah padang-padang di seluruh negara dan bukan hanya satu padang di SNBJ.

“Perkara itu sering diingatkan oleh TMJ kepada saya. Untuk makluman, pada perjumpaan itu saya diingatkan sekali lagi agar memberi fokus kepada menaik taraf di padang di seluruh negara,” katanya selepas mengadakan lawatan sewaktu mesyuarat edisi pertama Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2021-2025 pada Selasa.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Foto: Izari Rosli

Tambah Ahmad Faizal, adalah lebih ideal jika kesemua padang di seluruh negara dapat diperbaiki.

“Kalau boleh semua padang ia lebih bagus, tetapi kita usahakan mana yang perlu dahulu termasuk Stadium Nasional.

“SNBJ juga masih menggunakan ‘cow grass’, jadi kami akan bekerjasama dengan beberapa pihak…mungkin akan dibuat secara hybrid (kacukan).

“Sudah tentu kami akan dapatkan nasihat daripada mereka yang lebih arif tentang perkara ini dan tugas saya sebagai menteri hanyalah untuk memperbaiki fasiliti sedia ada,” katanya.

Malam tadi, menerusi rancangan Bola@Mamak, TMJ yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) mempersoalkan kos RM10 juta diperlukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membuat padang baharu di SNBJ.

Jelas TMJ, beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang lengkap dengan sistem perpaipan, tanah dan pelbagai lagi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: