Bola Sepak

Buat padang baharu sampai RM10j? “Banyak sangat orang nak ‘mark up'”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tunku Ismail mendedadkan beliau hanya perlukan RM1.4 juta untuk padang jenis Zoysia.

 

Oleh: SUBKI SUDARJI/ Foto: IZARI ROSLI

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan kos sebanyak RM10 juta diperlukan untuk membuat padang baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Tegasnya , jumlah berkenaan adalah sesuatu yang berbeza dengan kos padang di Stadium Sultan Ibrahim (SIS), Iskandar Puteri, Johor Bharu.

Tunku Mahkota Johor berkata, beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang lengkap dengan sistem perpaipan, tanah dan pelbagai lagi.

“Saya berbual dengan Menteri KBS baru-baru ini dan tanya berapa kos saya buat padang.

“Dia terperanjat apabila saya cerita kos padang kerana dia dapat tawaran buat padang baharu di Bukit Jalil yang sama seperti ini, RM10 juta. Banyak sangat orang nak ‘mark up.’

“Saya buat RM1.4 juta sahaja. Saya pakai Zoysia. Kos dia tetap sama, paling mahal pun RM1.5 juta, takkan ada lebih mahal daripada itu. Kenapa jadi sampai RM10 juta?,” ujarnya menerusi rancangan Bola@Mamak, Isnin malam.

Tunku Ismail berkata,bagi kos penyelenggaraan padang ia tidak lebih RM300,000 setahun. Kalau ada orang nak selenggara padang perlukan berjuta-juta, itu cerita dongeng.

“Jadi kalau boleh saya nak minta pada kerajaan dan KBS, bajet yang ada jangan diberikan pada kelab tetapi pada Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk buat padang. RM1.4 juta untuk 14 negeri, bagi saya tiada apa-apa,” jelasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: