Antarabangsa

Dua remaja di pentas akhir Terbuka AS selepas 22 tahun, Emma-Leylah kacukan Asia


Emma berada dalam kelas tersendiri sejarah tenis wanita dunia.

SELEPAS 22 tahun, aksi Grand Slam menyaksikan pertembungan akhir dua remaja pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) hujung minggu ini.

Emma Raducanu,18, dari Britain bakal berdepan dengan pemain muda Kanada Leylah Annie Fernandez,19, di Stadium Arthur Ashe pukul 4 pagi Ahad.

Kali terakhir menyaksikan gandingan remaja di pentas akhir Grand Slam ini pada tahun 1999 apabila Serena Williams menewaskan Martina Hingis.

Emma terpaksa melalui tiga perlawanan kelayakan sebelum mara ke Pusingan 1 Terbuka AS.

Emma menyertai aksi pertama Wimbledon dengan kedudukan 338 dunia selepas menamatkan A-levels.

Beraksi di Terbuka AS dengan ranking ke-150 dunia, bukan tugas mudah buat Emma memandangkan dia terpaksa berdepan dengan tiga perlawanan kelayakan sebelum layak ke Pusingan 1.

Namun dia mempamerkan aksi terbaik dengan selalu berpegang kepada kata-kata ‘plays fearless’ dan ‘goes for it’. Dia berjaya membuatkan seluruh peminat tenis dunia tertumpu kepada aksinya sehingga mara ke final.

Leylah juara WTA Tour di Mexico Mac lalu kini di pentas akhir Terbuka Amerika Syarikat.

Dia menewaskan Maria Sakkari dalam aksi separuh akhir.

Berbeza pula dengan kisah Leylah yang berada dalam ranking lebih baik, ke-73 dunia, namun terpaksa bekerja keras untuk ke final dengan menewaskan pemain pilihan kedua, Aruna Sabalenka.

Kini Leylah kembali bertemu dengan Emma, selepas kali pertama bersua pada Kejohanan Orange Bowl Florida Bawah 12 Tahun, dan terakhir tewas ketika aksi Wimbledon Remaja tiga tahun lalu.

Leylah disingkirkan dalam Program Tenis Quebec pada usia tujuh tahun.

Kedua-dua bintang muda ini mempunyai persamaan iaitu lahir di Kanada, namun Emma berpindah ke London pada usia dua tahun.

Malah mereka ini berdarah kacukan. Ibu Leylah berasal dari Filipina, manakala ibu Emma dari China.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading