Antarabangsa

Laporta dedah Griezmann bukan pemain yang diinginkan Barca


Joan Laporta 

ANTOINE Griezmann dihantar ‘pulang’ ke Atletico Madrid secara pinjaman dari Barcelona.

Menurut Presiden Barcelona Joan Laporta, Griezmann bukan pemain yang diperlukan malah dia tidak sesuai dengan sistem kelab.

Griezmann diletakkan harapan tinggi di bahunya ketika menyertai Barcelona pada 2019 dengan perpindahan 108 juta paun, namun tidak pernah menjadi pemain prolifik untuk Catalan seperti yang dipamerkan di Madrid.

Griezmann dari Madrid dengan nilai perpindahan 108 juta paun pada tahun 2019.

Malah Griezmann juga dilihat agak sukar untuk menyerlah sepanjang bermain bersama Lionel Messi.

Walaubagaimanapun Griezmann berjaya meletakkan namanya sebagai penjaring dengan 35 gol musim lalu dalam 102 perlawananan dalam 20 kejohanan.

Malang sekali, dia tidak menjadi ‘pemain penting’ dalam pasukan dan kelab yang menyaksikan gajinya 300,000 paun seminggu dipotong berikutan krisis kewangan kelab.

“Saya yakin semua orang menjangkakan lebih daripadanya kerana dia telah memberi segala dan tidak ada sikap ‘banyak soal’.

“Kita tahu dia jenis pemain yang bagaimana sebelum ini… dia pemain yang hebat.

“Saya fikir dia tidak sesuai dengan sistem kami, namun dia menunjukkan sikap yang sangat baik.

“Saya ada menghantar mesej kepadanya, mengucapkan supaya dia baik-baik, kerana sikapnya yang telus.

Griezmann dikatakan tidak sesuai dengan sistem bola sepak Barca.

“Dalam istilah bola sepak, dia bukanlah pemain yang kami inginkan.

“Dia jaringkan gol, dan salah satunya dalam aksi Copa del Rey yang memberi kemenangan penting buat kami, dan memang benar dia telah berikan segalanya dan lebih.

“Namun dia berada dalam keadaan sukar,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading