Paralimpik Tokyo 2020

Tanggungjawab saya sepenuhnya – Faizol


Faizol (kiri) bersama Ziyad pada sidang media selepas tiba dari Tokyo, hari ini

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

JURULATIH atlet paralimpik negara, Faizol Harun mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku terhadap anak didiknya, Muhammad Ziyad Zolkefli yang terlepas pingat emas bagi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Pada masa sama dia meminta tiada lagi pihak menunding jari kepada sesiapa atas apa yang berlaku pada Selasa lalu.

“Saya mohon bagi pihak yang mencari siapa yang bersalah dan tidak bersalah saya selaku jurulatih kepada Ziyad dan dekat dengannya.

“Saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku jangan menunding jari kepada orang lain,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat.

Selasa lalu, Ziyad, 31, berjaya mempertahankan pingat emas bersama rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94 meter, namun tidak dikira kerana berada dalam status ‘Under Protest’ sekaligus diklafikasikan sebagai Did Not Start (DNS).

Ia berlaku apabila Ziyad dikatakan tiba lewat di ‘call room’.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading