Perebutan empat penjuru Setiausaha Agung hiasi kepimpinan MOM penggal 2021-2025


Jahaberdeen mengumumkan senarai penuh calon-calon pemilihan Jawatankuasa Eksekutif MOM pada Mesyuarat Agung Tahunan pada 4 September ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

PERTEMBUNGAN empat penjuru bagi jawatan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bakal disaksikan pada pemilihan kepimpinan induk itu bagi penggal 2021/2025 yang dijadualkan 4 September nanti.

Penyandang sedia ada Datuk Mohd Nazifuddin Najib yang mempertahankan jawatan bakal dicabar tiga lagi calon iaitu Timbalan Presiden MOM ketika ini, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, Presiden Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF), Melvin Chia dan Setiausaha Kehormat Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA), Megat Fairuz Khairuddin.

Bagi jawatan presiden pula, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria kekal menerajui badan induk itu bagi penggal 2021/2025 sambil dibantu Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selaku timbalan presiden dimana kedua-duanya menang tanpa bertanding.

Senarai penuh calon diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MOM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos di Wisma MOM, sebentar tadi.

Norza (dua,kanan) bersama Hamidin (dua,kiri) serta Moira Tan Siew See (kiri) dan Ahmad Feisal yang juga menang tanpa bertanding.

Sementara itu, Mohamad Norza dalam sidang medianya selepas pengumuman calon berjanji akan menjalankan mandat dan kepercayaan diberikan sebaik mungkin bagi memastikan sukan negara berada di tahap tertinggi.

“Alhamdulillah syukur dan terima kasih tidak terhingga kepada semua persatuan sukan yang telah beri sokongan padu untuk saya dikembalikan sebagi presiden MOM sekali lagi.

“Saya ambil mandat dan kepercayaan ini sebagai satu tanggungjawab dan amanah kerana hari ini kita menghadapai cabaran begitu hebat terutamanya dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan sukan kita selama lebih dua tahun berada dalam keadaaan terumbang ambing.

“Saya yakin bahawa kepercayaan diberikan oleh semua persatuan menunjukkan mereka mahu satu proses kesinambungan dalam kepimpinan MOM untuk terus membawa sukan keluar daripada kemelut pandemik ini,” katanya.

Hamidin menyifatkan perlantikan ini satu amanah yang berat dan akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Bagi Hamidin pula, tugas yang diberikan ini merupakan amanah yang akan digalas dengan penuh sokongan dan tanggungjawab .

“Sudah tentu saya akan bagi sokongan kuat kepada Tan Sri Presiden dan juga MOM untuk bersama-sama berjaya pada masa akan datang.

“Selama ini pun saya pernah bersama MOM sebagai CDM Sukan Sea jadi saya tahu selok belok MOM, tetapi keutamaan ketika ini adalah bekerja sebagai satu pasukan bersama-sama Presiden dan juga MOM,” tegasnya.

SENARAI penuh calon-calon pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Mesyuarat Agung Tahunan pada 4 September ini:

Presiden : Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden: Datuk Hamidin Mohd Amin (Menang tanpa bertanding)

Calon – calon Naib Presiden: (Lima dipilih termasuk seorang berlainan jantina)

1. Datuk Mumtaz Jaafar (Wanita)

2. Prof Datuk Dr Shamala Subramaniam (Wanita)

3. Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim

4. Datuk Chong Kim Fatt

5. Datuk Shahrul Zaman Yahya

6. Datuk Megat Zulkarnain Omardin

7. Nik Razeen Adam Daud

8. Datuk Nur Azmi Ahmad

Calon-calon  Setiausaha Agung (Dipilih Seorang)

1. Datuk Mohd Nazifuddin

2. Datuk Seri Azim Zabidi

3. Melvin Chia See Oon

4. Megat Fairuz Khairuddin

Calon-calon Lelaki Timbalan Setiausaha Agung ( Dipilih seorang)

1. Chan Foong Keong

2. Tuan Syed Zainal Abidin Syed Zin

Timbalan Setiausaha Agung (Wanita): Moira Tan Siew See (Menang tanpa bertanding)

Bendahari: Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin (Menang tanpa bertanding)

Calon-calon Penolong Bendahari (Seorang dipilih)

1. Datuk Amarjit Singh Gill

2. Datuk Mohd Nasir Ali

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading