EPL

‘Sebelah’ kaki Ronaldo sudah berada di Man City


Ronaldo dilaporkan sudah bercakap dengan Guardiola.

MANCHESTER City dan Juventus dilapor sedang mengadakan perbincangan mengenai nilai perpindahan untuk Cristiano Ronaldo.

Pemain Portugis itu dilaporkan telah bercakap dengan Pep Gurdiola berkenaan tugas dalam pasukan Manchester City dan kedua-dua dipercayai telah mencapai ‘personal term’.

Ronaldo akan dibayar lebih 250,000 paun seminggu (RM1.4 juta) jika persetujuan kontrak selesai.

 

Agen Jorge Mendes berada di Turin pada Rabu untuk cuba berbincang mengenai perpindahan Ronaldo dan Juventus memutuskan bersedia menjual bintang Portugal ini.

Namun dipercayai kata putus belum dicapai selepas City enggan membayar yuran perpindahan, dan Juventus bertegas Ronaldo tidak akan pergi dengan percuma kerana masih lagi ada baki kontrak.

City terdesak mencari penyerang baharu musim ini selepas usaha Guardiola untuk mendapatkan pemain Spurs Harry Kane gagal, sekaligus Ronaldo menjadi sasaran baharu kelab juara Inggeris ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading