Permotoran

F1 Hungary: Hamilton terpantas aksi kelayakan


Oleh: JJFIRDAUS

PELUMBA  pasukan Mercedes, Lewis Hamilton merampas petak pertama untuk perlumbaan Grand Prix Hungary esok pada sesi kelayakan yang diadakan di Litar Hungaroring pada Sabtu.

Hamilton mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 15.419 saat untuk permulaan petak utama. Turut sama bakal bermula di barisan hadapan adalah rakan sepasukan Valtteri Bottas ketinggalan 0.315 saat.

Sesi kelayakan pertama seperti biasa menyaksikan lima pelumba dengan masa sepusingan paling perlahan tersingkir dengan Yuki Tsunoda, George Russell, Nicolas Latifi dan Nikita Mazepin bakal memulakan perlumbaan di grid ke-16 hingga ke-19.

Mick Schumacher bakal memulakan perlumbaan dari petak terakhir selepas gagal memulakan sesi kelayakan setelah terlibat dalam kemalangan pada sesi latihan ketiga.

Sesi kelayakan kedua terganggu akibat bendera merah dan menyebabkan lima lagi pelumba tersingkir dengan Daniel Ricciardo, Lance Stroll, Kimi Raikkonen dan Antonio Giovinazzi bakal bermula dari petak ke-11 hingga ke-15.

 

Carlos Sainz yang menyebabkan bendera merah kerana kemalangan di selekoh terakhir kecewa apabila bakal memulakan perlumbaan di tangga ke-14 walaupun jentera Ferrari beliau dilihat mampu mencabar 5 tempat teratas.

Sesi kelayakan ketiga menyaksikan saingan sengit antara Verstappen dan Hamilton untuk merebut petak utama tetapi Hamilton terlalu ampuh dan berjaya memulakan perlumbaan di petak pertama sekaligus melaungkan amaran awal kepada lawan.

Setelah apa yang terjadi pada lap pertama Grand Prix Britain, kita sekali lagi bakal disajikan perseteruan hebat antara Max Verstappen dan Lewis Hamilton. Saksikan Grand Prix Hungary esok jam 9 malam waktu Malaysia.

Keputusan Kelayakan GP F1 Hungary:

1. Lewis Hamilton – Mercedes
2. Valtteri Bottas – Mercedes
3. Max Verstappen – Red Bull
4. Sergio Perez – Red Bull
5. Pierre Gasly – Alpha Tauri
6. Lando Norris – McLaren
7. Charles Leclerc – Ferrari
8. Esteban Ocon – Alpine
9. Fernando Alonso – Alpine
10. Sebastian Vettel – Aston Martin
11. Daniel Ricciardo – McLaren
12. Lance Stroll – Aston Martin
13. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
14. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
15. Carlos Sainz – Ferrari
16. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
17. George Russell – Williams
18. Nicolas Latifi – Williams
19. Nikita Mazepin – Haas
20. Mick Schumacher – Haas


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading