Permotoran

Pedrosa kembali hangatkan saingan MotoGP


Pedrosa bakal membuat penampilan pertama selepas tiga tahun berehat.

SELEPAS meninggalkan seketika cabaran di litar, bekas pelumba utama, Dani Pedrosa bakal kembali ke litar perlumbaan atas tiket wild card bersama KTM di Styria MotoGP 2021.

Perkhabaran ini dimaklumkan KTM dimana ketika ini pelumba yang mengundurkan diri dari MotoGP pada 2018 merupakan pelumba ujian bagi KTM.

KTM yang merupakan pengeluar Austria ketika ini telah menunjukkan kemajuan yang cukup baik dengan meraih dua kemenangan dan sejumlah podium.

Brad Binder berjaya meraih kemenangan di Republik Czech 2020 dan Pol Espargaro meraih podium ketiga sebanyak lima kali pada tahun 2020. Sementara itu, musim ini, KTM menang sekali melalui Miguel Oliviera yang diraih di Catalunya dan menduduki tempat kedua naib juara.

MotoGP 2021 kini dalam cuti musim panas dan akan bermula semula bulan depan di Red Bull Ring, Austria.

Pedrosa akan bertanding dalam perlumbaan kompetitif pertamanya dalam tiga tahun.

“Pelumba ujian Red Bull KTM Factory Racing, Dani Pedrosa akan melakukan penampilan kompetitifnya dengan KTM RC16 dengan mengambil bahagian dalam 2021 MotoGP siri 10: Michelin Grand Prix Styria di Red Bull Ring, Austria pada 6-8 Ogos,” ujar kenyataan di laman web KTM.

Dani Pedrosa

Bagi Pedrosa, dia hanya ingin menikmatinya tanpa meletakkan harapan selepas sudah lama tidka berlumba.

“Sukar untuk membincangkan harapan saya setelah sekian lama tanpa berlumba. Mungkin kita akan melakukannya dengan mentaliti perlumbaan atau mungkin tidak tetapi kita akan berusaha menikmati hujung minggu dengan sebaik mungkin.

” Saya memang dapat melihat peningkatan dengan menyaksikan perlumbaan dari rumah, tetapi untuk memahami lebih banyak mengenai MotoGP sekarang, teknologi baru dan cara berlumba dan menggunakan strategi untuk menentang saingan orang lain,” jelasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading