Lain-Lain

MOM kemukakan cadangan tarikh baharu


 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGHUJUNG April atau awal Mei 2022 merupakan cadangan tarikh baru penganjuran Sukan SEA 2021 yang ditunda pada tahun ini.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, kes Covid-19 yang mula menunjukkan peningkatan di rantau Asia Tenggara membuatkan pihaknya memberi cadangan agar temasya itu ditangguhkan dan hasil undian mendapati 10 negara bersetuju dengan cadangan itu.

“Vietnam masih belum mendapat keputusan mengenai penganjuran Sukan SEA daripada kerajaannya dan akhirnya pihak penganjur bersetuju agar temasya itu tidak diadakan pada tahun ini.

“Kami telah mencadangakan tarikh hujung April dan awal Mei tahun hadapan sebagai tarikh baharu pertandingan selepas mengambil kira Singapura dan Brunei akan terlibat dengan Sukan Komanwel.

“Tahun hadapan akan berlangsung Sukan Komanwel di Birmingham, Sukan Asia di China dan Sukan Islamik di Turki, jadi dalam tempoh 14 hari ini kami berharap Vetnam akan beri cadangan tarikh baharu,” tegasnya.

Terdahulu  Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah bermesyuarat dan bersetuju menangguhkan penganjuran Sukan SEA Ke-31, 2021 kepada tahun 2022.

Sukan SEA 2021 dijadualkan berlangsung pada 21 November hingga 2 Disember ini.

Pada 9 Jun lalu, lapan negara termasuk Malaysia menolak cadangan penganjur Sukan SEA ke-31 ini untuk menangguhkan temasya dwitahunan itu ke Mei atau Jun tahun depan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading