Permotoran

F1 Austria: Verstappen rakam kemenangan hatrik!


HATRIK! Max Verstappen melebarkan jurang mata dari Lewis Hamilton kepada 32 mata apabila dominan menguasai perlumbaan Grand Prix Austria untuk kemenangan ketiga berturut-turut musim ini.

Pelumba Red Bull Racing itu memulakan perlumbaan di petak pertama langsung tidak dicabar dan mendahului kesemua 71 pusingan di Litar Red Bull Ring.

Selain mencatat kemenangan dan tidak dipintas, Verstappen menambah statistik cemerlang dengan mencatat masa sepusingan terpantas pada pusingan ke-62 untuk mengutip satu mata tambahan.

“Jujurnya, hari ini adalah hari yang hebat. Kereta berada pada keadaan terbaik dan sungguh mengujakan untuk dipandu.

“Saya memulakan hujung minggu ini sebagai pemandu pilihan tetapi ianya bukanlah satu tugas mudah. Sangat mengagumkan juga melihat penonton yang ramai dan kebanyakannya berwarna oren,” kata Verstappen selepas perlumbaan.

Verstappen mendominasi perlumbaan sejak awal.

Sementara itu, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton sekadar berpuas hati di tangga keempat apabila jenteranya mengalami sedikit kerosakan akibat terbabas ketika bertarung hebat dengan pemenang tempat ketiga, Lando Norris.

Rakan sepasukan, Valtteri Bottas cemerlang di tangga kedua dengan pemanduan bijak, namun Norris mencuri tumpuan apabila berjaya memintas Hamilton untuk podium ketiganya musim ini.

Red Bull Racing pula cemerlang apabila mencatat lima kemenangan berturut-turut dan turut mengukuhkan mata dalam kategori pengeluar mengatasi Mercedes dengan 44 mata.

Tempat kelima menjadi milik pelumba Ferrari Carlos Sainz selepas Sergio Perez dikenakan penalti masa 10 saat dan Daniel Ricciardo menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh.

Charles Leclerc dalam satu lagi jentera Ferrari kelapan dan Pierre Gasly meneruskan rentas cemerlang apabila mencatat tempat kesembilan dengan Fernando Alonso melengkapkan 10 pemandu terbaik.

F1 akan berehat selama dua minggu sebelum kembali semula di Litar Silverstone untuk Grand Prix British pada 18 Julai nanti.

Keputusan Grand Prix F1 Austria:

1. Max Verstappen – Red Bull

2. Valtteri Bottas – Mercedes

3. Lando Norris – McLaren

4. Lewis Hamilton – Mercedes

5. Carlos Sainz – Ferrari

6. Sergio Perez – Red Bull

7. Daniel Ricciardo – McLaren

8. Charles Leclerc – Ferrari

9. Pierre Gasly – Alpha Tauri

10. Fernando Alonso – Alpine

11. George Russell – Williams

12. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri

13. Lance Stroll – Aston Martin

14. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo

15. Nicolas Latifi – Williams

16. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo

17. Sebastian Vettel – Aston Martin

18. Mick Schumacher – Haas

19. Nikita Mazepin – Haas

20. Esteban Ocon – Alpine

Kedudukan Pemandu Selepas GP F1 Austria

1. Max Verstappen – 182 mata

2. Lewis Hamilton – 150 mata

3. Sergio Perez – 104 mata

4. Lando Norris – 101 mata

5. Valtteri Bottas – 92 mata

6. Charles Leclerc – 62 mata

7. Carlos Sainz – 60 mata

8. Daniel Ricciardo – 40 mata

9. Pierre Gasly – 39 mata

10. Sebastian Vettel – 30 mata

11. Fernando Alonso – 20 mata

12. Lance Stroll – 14 mata

13. Esteban Ocon – 12 mata

14. Yuki Tsunoda – 9 mata

15. Kimi Raikkonen – 1 mata

16. Antonio Giovinazzi – 1 mata

17. George Russell – 0 mata

18. Nicolas Latifi – 0 mata

19. Mick Schumacher – 0 mata

20. Nikita Mazepin – 0 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas GP F1 Austria

1. Red Bull Racing – 286 mata

2. Mercedes – 242 mata

3. McLaren – 141 mata

4. Ferrari – 122 mata

5. Alpha Tauri – 48 mata

6. Aston Martin – 44 mata

7. Alpine – 32 mata

8. Alfa Romeo – 2 mata

9. Williams – 0 mata

10. Haas – 0 mata


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading