EURO 2020

Sterling digelar ‘Lion King’ dan nadi pasukan England, “Dia sentiasa lapar”


Sterling menjadi penyumbang gol penting buat England di pentas Euro 2020.

SELURUH penyokong England meraikan kemenangan 2-0 ke atas Jerman seolah-olah mereka sudah menjuarai trofi Euro 2020.

Hakikatnya mereka teruja meraikan kemenangan tersebut selepas anak buah Gareth Southgate berjaya melakar sejarah baharu buat England di Stadium Wembley apabila berjaya menumpaskan Jerman selepas 55 tahun penantian!.

Seperti yang sedia maklum Jerman antara gergasi bola sepak Eropah yang tidak ada tolak bandingnya, namun itu rekod sebelum ini. Kini kelibatnya tidak lagi digeruni.

Apa yang mencuri tumpuan, salah seorang pemain The Three Lions Raheem Sterling yang kini sudah meledak tiga gol dalam 4 perlawanan Euro setakat ini.

Tandukan kemenangan ketika bertemu Republik Czech minggu lalu.

Sterling kini menjadi’nadi’ dalam pasukan England. Lebih sedekad perubahan demi perubahan berlaku dan Sterling,26, terus membantu pasukan meraih kemenangan, tetapi kini dia berada di pentasnya tersendiri.

Dia menjaringkan gol pertama bertemu Jerman, meledak gol tunggal ketika bertemu Croatia dan memberi gol kemenangan ketika bertemu Republik Czech.

Ironinya pencapaian Sterling ini tidak mengejutkan jurulatih remaja, Clive Ellington yang mula menyedari bakat istimewa Sterling seawal usia 9 tahun di Roe Grren Park, Brent.

“Dia jauh lebih baik daripada semua kanak-kanak dan kelebihannya itu tanpa mana-mana jurulatih.

“Kami hanya berada di situ melihat seorang kanak-kanak melintasi remaja berusia 16 tahun.

Menjaringkan gol tunggal ketika bertemu Croatia.

“Pada usia 9 tahun, dia menendang bola lebih kuat daripada orang dewasa. Dia seperti ‘sponge’, menyerap semua benda… dia ingin belajar.

“Dia sangat natural dengan kedua-dua belah kakinya, sesuatu yang tidak dilihat pada kanak-kanak yang lain,” ujarnya kepada Sportsmail pada tahun 2014.

Sterling membesar di Maverley, Jamaica sebelum berpindah ke England pada usia lima tahun.

Biarpun beberapa kali Jamaica memujuk Sterling untuk bermain di negara kelahirannya, namun pemain ini memilih untuk berkhidmat di England.

“Saya tidak bimbang jika tidak memiliki wang berjuta-juta. Apa yang membuatkan saya gembira adalah menerima saya sebagai seorang yang boleh membantu.

“Walaupun hanya lima orang, seorang, sekurang-kurang saya membantu seseorang untuk keluar daripada gelembung serta pengalaman yang mempunyai sesuatu lebih baik kepada England,” jelasnya ketika melancarkan pelan dana untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik tahun lalu.

Secara tepatnya, England lebih baik dengan adanya Sterling dalam pasukan. Sebanyak 15 gol dalam 20 kaps sudah cukup memberi cerita tersendiri.

“Dia adalah pejuang, dia mempunyai ketahanan dan sikap ‘lapar’ yang luar biasa.

“Dia bangkit beberapa tahun ini. Kita tahu perjalanannya bersama pasukan England dan saya sangat gembira dia telah menyampaikan prestasi yang dia ada,” jelas Southgate.

Sterling mungkin bukan perhatian utama dalam skuad Pep Guardiola di Manchester City, namun bersama England, Sterling sangat berbeza.

Sterling mencium anaknya selepas menang ke atas Jerman.

Namun tidak dinafikan, Guardiola telah memberi impak positif dalam karier Sterling sejak jurulatih itu tiba di Stadium Etihad.

Namun hakikat sebenar prestasi luar biasa Sterling ini adalah berpounca daripada dirinya sendiri, penuh motivasi dan berdisiplin.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading