Permotoran

F1 Perancis: Verstappen rangkul juara penuh dramatik


PELUMBA Red Bull Racing, Max Verstappen menjuarai perlumbaan Grand Prix Formula 1 Perancis yang mendebarkan sekaligus melebarkan jurang mata dalam kedudukan pemandu.

Verstappen yang bermula di petak utama memintas pencabar utama dari Mercedes, Lewis Hamilton satu pusingan sebelum tamat untuk memastikan kemenangan ketiga berturut-turut buat Red Bull.

Litar Paul Ricard yang seringkali memberikan perlumbaan hambar bertukar menjadi pentas perlumbaan yang dramatik dengan empat pemandu teratas memberikan pemanduan sempurna sejak awal perlumbaan.

Red Bull Racing berjaya memenangi perang strategi apabila mengubah strategi Verstappen dari satu hentian pit ke dua hentian pit yang menyaksikan Mercedes terperangkap dan gagal mengekang kelajuan jentera Red Bull.

Masalah tayar haus menjadi punca kedua-dua pelumba Mercedes, Hamilton dan Bottas gagal mempertahankan kedudukan dengan Bottas terlepas podium apabila dipintas Sergio Perez.

McLaren mempunyai perlumbaan yang cemerlang minggu ini apabila kedua-dua pelumba mereka, Lando Norris dan Daniel Ricciardo menamatkan perlumbaan di tempat kelima dan keenam.

Mimpi buruk melanda Ferrari apabila mereka gagal mencatat sebarang mata apabila kedua-dua jentera yang dipandu Carlos Sainz dan Charles Leclerc hanya di tempat ke-11 dan ke-16.

Pemandu tuan rumah, Pierre Gasly sekali lagi menunjukkan pemanduan cemerlang apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh dengan Fernando Alonso kelapan dengan jentera Alpine.

Melengkapkan 10 teratas adalah pasukan Aston Martin yang berjaya memanjangkan hayat tayar mereka dan akhirnya Sebastian Vettel berakhir di tangga kesembilan dan Lance Stroll kesepuluh.

Dengan kemenangan ini Max Verstappen melebarkan jurang mata dengan Hamilton kepada 12 mata manakala Red Bull Racing semakin mengukuhkan cengkaman di kedudukan pengeluar dengan 37 mata dihadapan Mercedes.

Perlumbaan seterusnya bakal berlangsung di Litar Red Bull Ring yang bakal menganjurkan dua kejuaraan iaitu Grand Prix Stryian pada 27 Jun diikuti Grand Prix Austria pada 4 Julai.

Keputusan Grand Prix F1 Perancis

1. Max Verstappen – Red Bull

2. Lewis Hamilton – Mercedes

3. Sergio Perez – Red Bull

4. Valtteri Bottas – Mercedes

5. Lando Norris – McLaren

6. Daniel Ricciardo – McLaren

7. Pierre Gasly – Alpha Tauri

8. Fernando Alonso – Alpine

9. Sebastian Vettel – Aston Martin

10. Lance Stroll – Aston Martin

11. Carlos Sainz – Ferrari

12. George Russell – Williams

13. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri

14. Esteban Ocon – Alpine

15. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo

16. Charles Leclerc – Ferrari

17. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo

18. Nicolas Latifi – Williams

19. Mick Schumacher – Haas

20. Nikita Mazepin – Haas

Kedudukan Pemandu Selepas GP Perancis

1. Max Verstappen – 131 mata

2. Lewis Hamilton – 119 mata

3. Sergio Perez – 84 mata

4. Lando Norris – 76 mata

5. Valtteri Bottas – 59 mata

6. Charles Leclerc – 52 mata

7. Carlos Sainz – 42 mata

8. Pierre Gasly – 37 mata

9. Daniel Ricciardo – 34 mata

10. Sebastian Vettel – 30 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas GP Perancis

1. Red Bull – 215 mata

2. Mercedes – 178 mata

3. McLaren – 110 mata

4. Ferrari – 94 mata

5. Alpha Tauri – 45 mata

6. Aston Martin – 40 mata

7. Alpine – 29 mata

8. Alfa Romeo – 2 mata

9. Haas – 0 mata

10. Williams – 0 mata


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading