Bola Sepak Terkini

Gergasi Merah Padam


Aksi De Murga selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan melalui tandukan menewaskan Khairulazhan.

Oleh : Subkhi Sudarji / Izari Rosli (Foto)

JARINGAN Ketua pasukan, Carlos  De Murga dipenghujung perlawanan memastikan tiga mata penuh buat Terengganu FC apabila bangkit menewaskan Selangor FC  2-1.

Tuan rumah seharusnya kecewa apabila mensia-siakan kelebihan jaringan awal sebelum pelawat bangkit menjaringkan dua gol pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Kemenangan ini meletakkan skuad bimbingan Nafuzi kembali menghuni tangga kedua liga  dibezakan satu mata Kedah ditangga ketiga dan tiga mata JDT yang menerajui liga.

Pelawat seharusnya mendahului tuan rumah seawal minit ke 10 namun penyerang importnya, David da Silva gagal menewaskan Khairulazhan Khalid.

Selang dua minit kemudian, De Murga turut berpeluang menjaringkan gol namun tendangan gagal mengegarkan jaring gol tuan rumah.

SFC seharusnya mampu berada didepan pada separuh masa pertama namun penjaga gawang TFC, Suhaimi Husin menafikan sepakan penalti Ifedayo Olesegun pada minit ke-33.

Tuan rumah sekali lagi diberikan sepakan penalti pada minit ke-47 dan kali ini Ifedayo menebus kesalahannya dengan menjaringkan gol buat pasukan.

Gol tersebut nyata menyedarkan barisan pemain TFC yang bangkit memburu gol penyamaan dan terhasil menerusi rembatan pemain gantian Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob pada minit ke-72.

Ketika perlawanan bakal berkesudahan dengan keputusan seri 1-1, De Murga memastikan TFC pulang dengan mata penuh apabila menanduk masuk bola pada minit ke-86.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading