Antarabangsa Bola Sepak

Ini yang saya impikan !


TONGGAK pertahanan kanan Manchester City, Kyle Walker tidak dapat menyembuyikan perasaan terujanya setelah impian mara ke final Liga Juara-Juara menjadi kenyataan.

City diambang gelaran Eropah dengan menyingkirkan cabaran kelab gergasi Perancis, PSG menerusi kemenangan agregat 4-1 di Etihad.

Selepas perlawanan, Walker ketika diwawancara BT Sport mengatakan: “Untuk seorang budak Sheffield, ini adalah apa yang anda impikan! Untuk mewujudkannya menjadi kenyataan, saya sangat gembira.

“Melawan pemain-pemain berkualiti, anda perlu menampilkan yang terbaik. John (Stones), Ruben (Dias), Alex (Zinchenko) melakukan hadangan luar biasa. Kami mampu mengatasi tekanan itu dengan baik dengan mengimbang bakat yang mereka miliki.

Bagi aksi final akan datang, City kini sedang menanti pemenang satu lagi saingan separuh akhir melibatkan pertembungan Real Madrid dan Chelsea di Stamford Bridge, awal pagi esok.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading