Bola Sepak Terkini

Perlantikan Acryl Sani suntikan buat PDRM FC


Acryl Sani hadir merasmikan operasi pejabat baharu PDRM FC di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL)

Oleh : MOHD FARIQ

PERLANTIKAN Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara (KPN) menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador pastinya memberi suntikan moral buat Kelab Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Ketika ini Acryl Sani merupakan Presiden PDRM FA turut hadir merasmikan operasi pejabat baharu PDRM FC di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) pada awal bulan lalu.

Fasiliti baharu PDRM FC termasuklah pejabat pentadbiran, bilik persalinan pemain, kedai cenderamata, ruang studio, bilik VIP, bilik fisioterapi dan bilik mesyuarat yang mana ianya bersebelahan padang latihan utama di PULAPOL.

Pengalaman dimilikinya ketika mengalas amanah selaku Pengerusi Jawatakuasa Keselamatan FAM juga elemen yang penting bagi memastikan The Cops kembali disegani.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading