Bola Sepak Semasa Terkini

Saya akan jalan tugas selagi bergelar jurulatih

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Wan Zaharulnizam (tengah) diraikan rakan sepasukan selepas meledak gol buat pasukan.

Oleh : Subkhi Sudarji

TIGA mata penuh diraih Melaka United pastinya memberi kelegaan seketika buat pengendalinya Zainal Abidin Hassan yang sebelum ini diberikan sasaran meraih enam mata dari dua perlawanan seandainya ingin terus mengendalikan pasukan.

Perak FC telah berjaya ditempuhi dengan kemenangan 1-0 di Stadium Perak malam tadi dan cabaran seterusnya pastilah menentang Kedah Darul Aman FC dilaman sendiri pada 30 April nanti (Jumaat).

Namun bagi Zainal Abidin kemenangan ditempat lawan adalah hasil usaha dan kesungguhan kesemua barisan pemainnya.

“Mata yang amat diperlukan, saya tahun bukan senang nak datang ke Ipoh berdepan Perak FC dan pemain saya melakukannya hari ini dengan penuh disiplin yang amat tinggi hingga wisel penamat.

“Bagi saya yang penting menjalankan tugas saya, selagi saya jadi jurulatih dan saya nampak hari ini tiga mata diusahakan semua pemain,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi malam tadi jaringan tunggal pemain sayap MUFC, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-61 memastikan mereka  mengutip tiga mata penuh .

Tiga mata yang diraih pelawat ini juga melonjakkan kedudukan ditangga kelapan liga mengumpul 10 mata dan dibezakan lima mata dengan Sri Pahang FC yang berada dikelompok kedua terbawah liga bersama Uitm FC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: