Bola Sepak Semasa Terkini

TMJ hadir ke bilik persalinan TFC ucap tahniah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TMJ bersalaman dengan sebahagian pemain TFC sambil mengucapkan tahniah diatas kemenangan. (Foto : FB Harimau Selatan)

 

Oleh : Subkhi Sudarji

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempamerkan semangat kesukanan tinggi yang positif  apabila hadir ke bilik persalinan Terengganu FC untuk mengucapkan tahniah diatas kemenangan pasukan lawan sejurus perlawanan tamat.

Menerusi paparan video “Harimau Selatan” berdurasi 50 saat itu, Tunku Ismail dilihat memasuki bilik persalinan sambil diiringi pengurus pasukan Terengganu FC, Zul Fadli Rozi.

“Boleh masuk ucap tahniah, takde saya datang ucap tahniah, tahniah, semoga berjaya tahun ini” itulah ucapan dari TMJ sambil bersalaman dengan pemain TFC.

Pemain TFC seakan-akan terkejut melihat kehadiran TMJ ke bilik persalinan mereka apatah lagi dengan kemenangan diraih mereka dengan menewaskan JDT namun keadaan dibilik persalinan tetap ceria dengan gelak tawa dari TMJ dan pemain TFC.

Menerusi rakaman video tersebut seramai 556 komen dan 1,000 perkongsian direkodkan yang  rata-rata peminat bola sepak tempatan dan JDT memuji tindakan malah berbangga dengan TMJ.

Salah seorang peminat melihat yang dikenali sebagai Louisa Anne berkata, inilah beza orang yang bertul-betul ada jiwa dalam bola sepak dengan yang lebihkan politik dalam bola sepak, Salute TMJ 👏👏👏

Begitu juga Rajan Rajan Raj dari penyokong Melaka United yang begitu menghormati TMJ.

“I dari suppoter melaka united,I really respect tunku mahkota johor..memang sungguh professional tmj….👍

Sementara itu, salah seorang penyokong JDT dikenali Mohamed Zaki Mahmad Yunos pula mengakui TFC bermain dengan penuh berdisiplin.

“Memang di akui dan aku xnafikan ganu main mlm td berdisiplin dan xbanyak buat silap,tahniah TFC anda layak menang game tadi..daulat tuanku🙏fans jdt,” tegasnya.

Terdahulu rekod tanpa kalah JDT hampir dua tahun akhirnya lebur selepas tewas 0-1 ditangan Terengganu FC hasil jaringan Hakimi Abdullah pada minit ke-57 namun JDT masih kekal menerajui liga super selepas 10 perlawanan dengan kelebihan dua mata berbanding TFC ditangga kedua.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: