Bola Sepak Semasa Terkini

Suntikan vaksin pertama buat Harimau Malaya selesai

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Stuart Ramalingam

Oleh : Subkhi Sudarji

LIMA pemain Harimau Malaya yang tidak mendapat suntikan Isnin lalu bersama rakan sepasukan selesai menerimanya hari ini.

Mereka terbabit adalah empat pemain Selangor FC iaitu Brendan Gan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, Muhammad Syahmi Safari serta  Mohd Khairulazhan Mohd Khalid dan seorang pemain Melaka United FC, S Kumaahran.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, kesemua mereka tidak dapat hadir pada Isnin lalu disebabkan logistik selepas beraksi dalam saingan Liga Malaysia membabitkan aksi MUFC menentang Selangor FC di Stadium Hang Jebat, 18 April.

“Pihak pusat vaksin memberikan slot hari ini kepada mereka yang tidak hadir 19 April lalu dan kini saya boleh katakana kesemua pemain Harimau Malaya telah mendapat suntikan vaksin,” jelasnya.

Terdahulu Isnin lalu, kira-kira 50 pegawai dan pemain Harimau Malaya menerima suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu pada program imunisasi COVID-19 kebangsaan di Dewan Seri Seroja, Jalan Diplomatik 2/2, Diplomatik Presint, Putrajaya.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengetuai barisan skuad Harimau Malaya menerima suntikan vaksin disusuli Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sebelum ketua pasukan Harimau Malaya , Aidil Zafuan Abd Radzak dan barisan pemain yang lain.

Seramai 38 pemain menerima suntikan vaksin berkenaan sebagai persediaan skuad kebangsaan menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Emiriyah Arab Bersatu pada Jun depan.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: