Bola Sepak Komuniti Terkini

Hormati keputusan pengadil; Sivasundaram

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

S Sivasundaram (dua,kanan) pada sidang media selepas Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengadil FAM bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM, hari ini.

Oleh: Hidayah Ab Ghani/ Foto: Izari Rosli

PENGERUSI Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk S Sivasundaram mahu semua pemain dan pengurusan pasukan menghormati keputusan yang diambil pengadil pada setiap perlawanan yang berlangsung.

Jelasnya, para pemain perlu lebih profesional ketika perlawanan dan memberi ruang buat pengadil untuk menjalankan tugasnya secara profesional.

“FAM akan memandang perkara ini dengan lebih serius jika pemain tidak memberi kerjasama dan berkasar dengan pengadil.

“Setiap keputusan yang dibuat oleh pengadil semasa dalam perlawanan adalah muktamad dan perlu dituruti oleh pemain ketika perlawanan berlangsung,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengadil FAM bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM, sebentar tadi.

Sivasundaram yang juga Timbalan Presiden FAM turut memaklumkan jawatankuasa pengadil hanya menerima dua enam aduan mengenai pengadil bagi tahun ini.

“Perbincangan sebanyak dua kali dengan barisan pengadil telah diadakan bagi penambahbaikan kualiti pengadilan selain penganjuran beberapa perancangan pada masa akan datang.

“Setakat ini kita hanya menerima lima aduan dari membabitkan 54 aksi Liga Super manakala satu dari Liga Premier sehingga Mac tahun ini,” katanya.

.

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: