Antarabangsa Bola Sepak

Sir Alex kecewa tindak-tanduk United

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Alex Ferguson  mencipta detik gemilang bersama United sebagai pengurus kelab.

SIR Alex Ferguson dilaporkan amat kecewa keputusan bekas kelabnya, Manchester United yang mengambil bahagian menyertai Liga Super Eropah.

The Red Devils menjadi salah satu wakil Liga Perdana Inggeris yang dijangka akan bersaing pada musim 2023/2024 setiap pertengahan minggu.

United, bersama Manchester City, Chelsea, Liverpool, Arsenal, dan Tottenham Hotspur, bergabung dengan Real Madrid, Barcelona, dan Atletico Madrid (Sepanyol), serta Juventus, AC Milan, dan Inter Milan (Itali), dalam sebuah format liga yang tidak memperkenalkan sistem promosi atau penyingkiran.

“Perbincangan tentang Liga Super adalah langkah yang menjauh dari 70 tahun sejarah bola sepak Eropah. Baik sebagai pemain untuk pasukan wilayah Dunfermline di tahun 60-an, dan sebagai pengurus di Aberdeen yang dapat memenangi Piala Winners Eropah. Untuk kelab negara kecil di Scotland ia ibarat mendaki Gunung Everest,” kata Sir Alex kepada Reuters.

Alex Ferguson ketika membimbing United mara empat kali ke final Liga Juara-Juara dan menyifatkan sentiasa menjadi malam yang cukup teristimewa di benua Eropah.

“Saya tidak yakin Manchester United terlibat dalam hal ini (gabungan Liga Super Eropah) kerana saya bukan sebahagian daripada proses membuat keputusan,” jelasnya, yang membawa United juara Liga Juara-Juara sebanyak dua kali itu.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: