Badminton Semasa Terkini

BAM perlu segera patuhi arahan dan prosedur KKM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) perlu mengambil tindakan segera mengikut arahan dan prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kes jangkitan Covid 19 di Akademik berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, dia telah dimaklumkan mengenai kes jangkitan COVID-19 di Akademi Badminton Malaysia

“ Arahan telah diberikan kepada MSN, ISN dan BAM supaya mengambil tindakan segera mengikut arahan dan prosedur KKM.

“Keselamatan atlet, jurulatih dan pegawai sentiasa menjadi keutamaan, ujarnya menerusi komen yang dimuat naik menerusi twitter miliknya, sebentar tadi.

Terdahulu enam pemain BAM disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian semalam.

Menurut badan induk berkenaan melalui satu kenyataan kesemua pemain berkenaan tidak menunjukkan sebarang simptom dan sekarang ini sedang menjalani kuarantin serta pemantauan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: