Antarabangsa Bola Sepak

“Sepatutnya kami boleh menang 6-3!”


BINTANG Bayern Munich, Thomas Muller memberitahu mereka sepatutnya menang besar berbanding kalah kepada Paris Saint-Germain di suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Malahan, ketumpulan jentera serangan dan gagal memanfaatkan peluang terhidang mengakibatkan kelab Bundesliga itu tewas mengejut 2-3 di Allianz Arena.

Walaupun beraksi tanpa diperkuat mesin gol handalan Robert Lewandowski akibat tercedera dan penyerang sayap Serge Gnabry (COVID-19), Muller menegaskan Bayern seharusnya lebih tajam depan gawng lawan.

“Kami harus menjaringkan lebih banyak gol.  Anda selalu bercerita tentang gol-gol yang kami bolos, namun saya fikir keputusan perlawanan ini adalah 6-3 untuk kemenangan kami, tidak ada yang boleh protes.

“Memang begitulah keadaannya, ini berlaku kerana kesalahan kami sendiri. Dan sekarang pastinya kami harus mengejar defisit agregat,” katanya kepada Sky Sports.

Bayern akan bertandang ke Parc des Princes pada pertembungan pusingan kedua minggu depan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading