Antarabangsa Bola Sepak

Henderson mungkin tersisih Euro 2020

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jordan Henderson belum pasti akan bermain pada kempen Euro 2020.

PENGURUS England,Gareth Southgate melahirkan kebimbangan mengenai bakal kehilangan khidmat pemain tengah Liverpool, Jordan Henderson untuk aksi Euro 2020 kerana masalah kecederaan.

Pada bulan lalu, Henderson menjalani operasi dan disahkan harus berehat untuk sekurang-kurangnya lima minggu.

Akan tetapi, berdasarkan perkembangan terkini, kapten Liverpool ini mungkin harus menjadi pemerhati lebih lama lagi sehingga aksinya di Euro pada musim panas nanti.

“Kami menyedari, dengan kecederaan seperti itu memerlukan waktu lama (untuk pulih).  Namun, apapun boleh berlaku pada proses tersebut.

“Kami tahu, masanya sangat hampir ke akhir musim an kami harus mengamati perkembangannya. Dia akan bekerja keras untuk bermain.

“Dan tentu saja, kami tahu dia tidak akan punyai minit bermain yang memadai untuk tampil di pertandingan peringkat tertinggi,” katanya.

Henderson adalah pemain regular untuk The Three Lions dalam beberapa tahun kebelakang ini dan dia menggerakkan  peranan penting membantu England melangkah ke saingan separuh akhir Piala Dunia 2018.

Jika benar Henderson terpaksa diketepikan, ia akan menjadi pukulan besar buat pasukan namun  Southgate masih ada opsyen pemain lain iaitu Kalvin Phillips, Declan Rice, Jude Bellingham dan Mason Mount.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: