Lain-Lain Semasa Terkini

An Najwa tonik Selangor Angels

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi An Najwa (kanan) ketika menentang Johor Jewels, minggu lalu.

 

BINTANG bola jaring kebangsaan, An Najwa Azizan sememangnya memberi pengaruh buat Selangor Angels dalam saingan Kumpulan B Netball Super League (NSL) ketika ini.

Pemain tengah Selangor, Yeoh Pek Xian berkata, ia adalah salah satu faktor mereka berjaya mengekang kemaraan Johor yang bertali arus melancarkan serangan pada suku masa terakhir perlawanan minggu lalu.

“Dia (An Najwa) memberi kata-kata bimbingan kepada pemain-pemain lain. Situasi itu memang menaikkan semula semangat kami yang mungkin ketika ini sedikit menurun selepas Johor bangkit pada hujung permainan,” katanya.

Kata-kata semangat daripada goal shooter berusia 24 tahun itu berjaya menaikkan semangat pemain-pemain Selangor yang bangkit pada saat-saat akhir untuk mengikat Johor Jewels 50-50 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Selangor dilihat tidak berdepan masalah untuk mengutip tiga mata apabila berkelebihan 10 jaringan ke atas Johor dengan kedudukan 40-30 pada suku ketiga selepas terikat 11-11 dalam tempoh 15 minit pertama.

Selangor akan meneruskan aksi dalam Kumpulan B menentang bertemu Negeri Sembilan Venom untuk perlawanan esok.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: