Bola Sepak Terkini

Hadap je…


Luqman (tengah) bersama idolanya, Brendan Gan (kiri)

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

PENYERANG muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin sedia ‘langgar’ pemain lebih senior daripadanya dalam skuad Harimau Malaya bagi cuba mencuri perhatian Tan Cheng Hoe.

Walaupun muncul sebagai paling muda dalam pasukan, pemain KV Kortrijk itu menganggap umur lebih sekadar angka semata-mata.

“Orang luar nak cakap ape, cakaplah. Biasalah kalau ada perbezaan dengan kita tetapi umur itu tidak penting.

“Kalau seseorang itu boleh bermain dengan bagus, walau baru berusia 19 tahun sekali pun, saya rasa OK tetapi terpulanglah pada jurulatih untuk buat keputusan.

“Bagi saya, umur tidak pernah menghalang saya untuk berada dalam skuad kebangsaan,” katanya.

Ditanya mengenai perubahan fizikal, Luqman merasakan ia satu perkembangan positif buat kariernya.

“Memang lah ia bagus untuk saya kuatkan diri kerana jika dalam perlawanan sebenar, tidaklah saya mudah ‘dilanggar’ oleh pemain lawan.

“Tetapi saya masih mahu tingkatkan lagi kekuatan kerana kalau di Belgium, sayalah yang paling kecil,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading