Bola Sepak

Christopher tekad galas kepercayaan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

DALAM misi meneruskan kesinambungan program akar umbi bola sepak negara, Christopher Raj telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan Bawah 16 Tahun Kebangsaan yang baharu.

Christopher tidak asing dalam kalangan pengamal media apabila merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pelantikan itu dibuat selepas selesai mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin dan juga kepada barisan exco yang lain kerana memberi kepercayaan terhadap saya. Saya akan menggalas tugas ini dengan tanggungjawab yang besar untuk mengharumkan nama bola sepak negara,” ujar Christopher.

Pada mesyuarat yang sama, Christopher kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam. Christopher akan dibantu oleh Dato’ Adly Shah Ahmad Tah selaku Timbalan Pengerusi.

Christopher juga turut dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Pembangunan Ahli Gabungan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Sementara itu, Hamidin juga mengumumkan pembentukan jawatankuasa ad-hoc yang merangkumi Jawatankuasa Infrastruktur yang dipengerusikan oleh Presiden sementara Timbalannya Dato’ S. Sivasundaram selaku Timbalan Pengerusi.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: