Badminton Terkini

Selamat maju jaya Zii Jia


Lee Zii Jia akan bertemu Viktor Axelsen di final All England

SELURUH rakyat Malaysia akan teguh berdiri di belakang pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia yang akan turun ke pentas final All England menentang wakil Denmark, Viktor Axelsen, malam ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tampil menyatakan sokongan kepada Zii Jia.

“Selamat maju jaya Lee Zii Jia untuk pertandingan Akhir All-England. Ayuh rakyat Malaysia kita sama-sama saksikan final dan berikan sokongan kepada Lee Zii Jia.

“Lee Zii Jia, rakyat Malaysia bersama anda!,” katanya menerusi muat naik terbaru di laman sosial Facebook.

Pentas final tahun ini mengatasi keputusan edisi lalu apabila Zii Jia sekadar mara ke separuh akhir, tewas kepada Axelsen.

Selepas aksi cemerlang dipamerkan Zii Jia kali ini, ia menjadi peluang terbaik untuknya membalas dendam kekecewaan edisi lepas.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading