Badminton Semasa Terkini

Zii Jia, beregu campuran layak ke suku akhir

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lee Zii Jia tewaskan pemain Denmark, Hans Kristian Solberg Vittinghus di pusingan kedua

PEMAIN perseorangan utama negara, Lee Zii Jia beroleh suntikan semangat apabila memastikan tempat di suku akhir kejohanan All England, sebentar tadi.

Zii Jia, pemain nombor 10 dunia yang diletakkan sebagai pilihan keenam kali ini, mara selepas menundukkan wira Piala Thomas Denmark 2016, Hans Kristian Solberg Vittinghus 21-12, 21-13.

Ketika dia dikatakan berdepan krisis keyakinan selepas gagal memberi aksi yang diharapkan dalam empat kejohanan tahun ini, kemaraan ke suku akhir di Birmingham ini pasti sesuatu yang melegakannya.

Zii Jia turut melebarkan rekod kemenangannya ke atas Vittinghus kepada 2-0 selepas kemenangan terbarunya ini.

“Kali ini Zii Jia bermain lebih baik daripada segi kepantasan dan taktikal… pemainannya menjadi.

“Selain itu, semangatnya untuk menang juga tinggi. Ini yang kita mahukan daripadanya,” kata jurulatih perseorangan negara, Datuk Tey Seu Bock kepada CAKAPSUKAN.

Kini, Zii Jia hanya selangkah daripada menyamai pencapaian mara ke separuh akhir All England tahun lalu,sebelum pandemik Covid 19 merencatkan peningkatan yang ditunjukkannya selepas hampir semua kejohanan dalam calendar BWF dibatalkan.

Namun, sebelum mengimpikan tiket separuh akhir, halangan besar menantinya apabila pilihan utama, Kento Momota dari Jepun menunggunya di suku akhir.

Momota yang kembali beraksi selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur, beberapa jam selepas menjuarai Malaysia Masters, Januari tahun lalu serta positif Covid 19 awal tahun ini, mara selepas menundukkan Prannoy H S dari India 21-15, 21-14.

Sementara itu, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menebus kekecewaan di All England tahun lalu apabila mengesahkan tiket ke suku akhir acara beregu campuran, sebentar tadi.

Peng Soon-Liu Ying layak ke suku akhir

Pilihan ketiga itu yang merupakan naib juara 2017, mara selepas menundukkan Nipitphon Phuangphuapet-Benyapa Aimsaard dari Thailand, 21-9, 21-8 di pusingan kedua sekali gus menebus kehampaan mereka tahun lalu apabila tersingkir seawal pusingan pertama.

Di suku akhir esok, mereka akan menentang pemenang perlawanan antara pilihan ketujuh Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis dan pasangan negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: