Antarabangsa Badminton Semasa Terkini

Peng Soon-Liu Ying bangkit tempah tiket ke pusingan kedua

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying

 

BEREGU campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying bangkit daripada kejutan awal sebelum menempah tiket ke pusingan kedua kejohanan All England di Birmingham petang ini waktu Malaysia.

Gandingan nombor tujuh dunia itu mara selepas berhempas pulas menundukkan pasangan Denmark, Mathias Thyrri-Mai Surrow yang berada 74 tangga di bawah ranking dunia mereka, 21-23, 21-15, 21-12.

Hanya kebangkitan di set kedua membolehkan pilihan ketiga itu menyelamatkan diri daripada mengulangi nasib sama seperti tahun lalu apabila tersingkir di pusingan pertama.

Di pusingan kedua awal pagi esok , Peng Soon-Liu Ying akan menentang Nipitphon Phuangphuapet-Benyapa Aimsaard dari Thailand.

Terdahulu, satu lagi gandingan negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang diletakkan sebagai pilihan kelima, gagal melepasi halangan pusingan pertama mereka selepas tunduk di tangan pasangan Ireland, Sam Magee-Chloe Magee 19-21, 16-21.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: