Hoki Semasa

TNB lepas geram !

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TNB bagaikan melepas geram apabila membelasah Nurinsafi HT/Sports 6-0 dalam saingan kedua Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam ini.

Kesemua gol dihasilkan oleh Muhammad Aminudin Mohd Zain minit ke-9 dan m-56, Muhammad Shahril Saabah (11, 45), Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (25), Muhajir Abdu Rauf (45).

TNB Thunderbolts pula tidak berdepan masalah mengatasi pendatang baharu, Sabah, 2-0.

Sementara itu, UniKL mempamerkan kualiti permainan menakjubkan selepas mengalahkan THT 4-2 bagi meraih tiga mata.

Maybank juga mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut untuk menjinakkan UiTM HA 1-0 pada aksi yang berlangsung sebelah petang.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: