Permotoran Terkini

Ika wanita termuda pertama miliki pasukan dan sertai Cub Prix Malaysia 2021


Oleh : Subkhi Sudarji

TUNEBOSS – Pink Racing Team yang akan membuat penampilan sulung pada kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021 bakal melakar sejarah baharu dalam kejuaraan Cub Prix Malaysia kerana ia dikendali serta dimiliki sepenuhnya oleh seorang wanita.

Majlis pelancaran itu berlangsung di perkarangan pejabat FSR Technology di kawasan Perindustrian Bukit Jelutong, Selangor sebentar tadi disempurnakan oleh pemilik pasukan, Nur Atikah Azwar, 25, yang lebih dikenali sebagai Rider Helmet Pink.

Buat permulaan, Pink Racing Team akan mengambil bahagian dalam dua kategori di Cub Prix musim ini iaitu kategori CP125 dan juga kategori Wira.

Bagi kategori Wira, pasukan ini akan menampilkan seorang pelumba wanita, Alia Saarizan manakala cabaran bagi kelas CP125 bakal digalas oleh pelumba serba boleh, Harith Baharin dan seorang lagi pelumba wanita Fifi Muhamad.

Mereka akan menggunakan jentera Yamaha Legenda. Selain menyertai kejuaraan Cub Prix pada musim pertama ini, Pink Racing Team juga bakal beraksi pada Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021 dan juga Drag Racing.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading