Bola Sepak Terkini

Yusri tak boleh tutup mulut orang


Skuad Projek FAM-MSN gagal mengutip sebarang mata selepas tiga perlawanan. FOTO : MFL

Oleh Mohd Fahmi Ismail

PELBAGAI andaian dan kata negatif mula kedengaran selepas Skuad Projek FAM-MSN tewas buat kali ketiga berturut-turut di Liga Premier.

Peminat dan pemerhati bola sepak melihat skuad ditubuhkan tahun lalu adalah lubuk tiga mata buat pasukan bertanding.

Bagaimanapun, jurulatihnya, Yusri Che Lah enggan melatah sebaliknya kekal positif dan tetap mengharapkan sokongan dari semua pihak.

“Saya tak boleh tutup mulut orang. Pada yang berkata, sekurang-kurang kami dapat pahala percuma.

“Sebenarnya, yang penting matlamat asal kami pemain berumur 18 dan 19 tahun ada peluang bermain..kalau tiada pasukan ini, tiadalah peluang mereka untuk beraksi.

“Sekurang-kurangnya ada platform untuk skuad Sukan SEA datang melihat pemain kami yang berpotensi bagi diserapkan dalam skuad bawah 19 nanti,” katanya selepas perlawanan.

Petang semalam, Skuad Projek FAM-MSN kalah 4-2 kepada Selangor FC 2 walaupun cuba melakukan kebangkitan saat akhir permainan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading